Mengenai MyGeoName
Maklumat Pembangunan Aplikasi
Dibangunkan sejak tahun 2009 dan telah dinaiktaraf pada tahun 2016 dengan menambah baik paparan antara muka aplikasi berserta rekabentuk pangkalan data yang baharu.
PENGGUNA SASARAN
Pengguna Awam
Kegunaan Aplikasi
Untuk pengguna awam menyemak ejaan, sebutan dan lokasi nama-nama tempat yang betul. Selain pengguna dalam negara, MyGeoName turut dilayari oleh pengguna antarabangsa untuk memahami kaedah penamaan geografi, bentuk bahasa, sebutan dialek dan sebagainya yang dipraktikkan di Malaysia.
Kelebihan MyGeoname
Kehadiran gelombang Revolusi Industri 4.0 dijangka akan menaik taraf kebanyakkan pekan-pekan kecil dan bandar menjadi Mega Cities bagi menampung pertambahan penduduk dan keperluan infrastruktur. Oleh itu dengan Aplikasi ini, nama-nama tempat sedia ada dapat dipelihara sejarah dan nilai estetikanya melalui gambaran persekitarannya agar tidak hilang di arus pemodenan.
Ciri-ciri
Modul Carian Nama Tempat
Modul Imej Ejaan Jawi.
Modul Audio Sebutan Nama Tempat dalam Bahasa Melayu Rasmi dan Dialek Tempatan.
Modul Video Visual.
Modul Gazetir Nama-nama Tempat.
